Pada bulan Mac 2022, Universiti Multimedia (MMU) telah melancarkan program Sekolah Angkat MMU 2022. Perjalanan pemilihan Program Sekolah Angkat ini telah dilaksanakan sejak bulan Januari dengan mengenal pasti sekolah yang akan terlibat dalam Program ini. Untuk fasa pertama sebanyak 13 sekolah telah dikenalpasti kesediaan sekolah bagi melaksanakan program ini. Tawaran kepada sekolah yang terlibat letak dilaksanakan pada 1 Mac 2022.

Pelancaran Program Sekolah Angkat ni telah dijalankan pada 22 Mac 2022 dengan kehadiran wakil-wakil daripada sekolah yang telah dilantik seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kaunseling dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Maznah Abu Bakar, Pengarah Bahagian Sumber Pendidikan dan Teknologi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kehadiran Prof Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud, Presiden MMU serta dekan setiap fakulti yang ada di MMU

Objektif utama tercetusnya idea program ini adalah untuk menunjukkan MMU serius dengan pembangunan komuniti bukan sahaja setempat dan juga seluruh Malaysia.

Fasa kedua pemilihan sekolah angkat telah dilaksanakan sepanjang bulan Mei 2022. Bagi tahun 2022 sebanyak 18 sekolah telah dilantik sebagai di bawah Program Sekolah Angkat MMU 2022.

Muat turun Laporan Penuh Sekolah Angkat MMU 2022