Pada hari ini, bersamaan 26 September 2022, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah bekerjasama dengan MMU untuk mengadakan Program Sentuhan Kasih, Ketua Menteri Melaka, Care SPM 2022. Program ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka, dan akan digunakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar SPM kaedah pembelajaran mudah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Sains, serta Biologi. Peruntukan-peruntukan ini juga akan digunakan atas pelan mengajar sederhana untuk membantu ke arah program yang lebih cemerlang.

MMU berbesar hati atas kepercayaan dan kesudian pihak Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka atas kerjasama program ini. Kami berharap hubungan yang terjalin melalui program ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru, pelajar dan masyarakat.