Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 by Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

MMU telah dikenalpasti untuk melaksanakan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021. JPA menyediakan tawaran penajaan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian di bidang-bidang yang terlibat:

-Diploma in Information Technology

-Diploma in Creative Multimedia

-Diploma in Creative Audio

-Diploma in 3D Modeling and Animation

-Diploma in Digital Motion Graphic

Syarat-Syarat Umum:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama;

(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);

(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;

(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan

(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus:

(i) Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU

  1. a) Menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan (minimum of 5C)
  2. b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. (TARGET : JULY INTAKE 2021 Student)