Inquire, Inspire and Innovate

SOCSO

All local staff members whose monthly income are RM 3,000.00 and below, are compulsory to contribute to SOCSO. The contribution amount for both employee and employer can be referred at http://www.perkeso.gov.my/Lampiran%20A%20jcaruman.pdf.

However, for those staffs who have contributed to SOCSO before, they have to continue the contribution regardless of the current income.

The following is a brief information on SOCSO Scheme (Malay version).

SKIM PERKESO

PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan (Employment Injury Insurance Scheme) dan Skim Pencen Ilat (Invalidity Pension Scheme). Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitaan pekerjaan. Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab (laman web : http://www.perkeso.gov.my/).

A. SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

PERLINDUNGAN

  • Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya
  • Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
  • Kemalangan Semasa Kecemasan
  • Penyakit Khidmat

FAEDAH-FAEDAH

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilangupaya Sementara
  • Faedah Hilangupaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pemulihan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

B. SKIM PENCEN ILAT

FAEDAH-FAEDAH

  • Faedah Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pemulihan
  • Faedah Pinjaman Pendidikan

TUNTUTAN FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA

Pembayaran Faedah :

  • Bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor. Jumlah hari tidak berupaya kerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan
  • Akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Faedah tidak akan dibayar pada hari pekerja datang bekerja dalam tempoh cuti sakit

Cara Tuntutan :

  • Borang 21(Laporan Kemalangan)
  • Borang 10 (Borang Tuntutan)
  • Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
  • Salinan kad pengenalan
  • Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
  • Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
  • Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, perlu sertakan dokumen tambahan iaitu Laporan Polis dan Peta Lakar Tempat Kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat (Occupational Disease), tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
  • Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
  • Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
  • Borang 10 (jika ada cuti sakit)

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan oleh anggota hendaklah dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.

FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL

Hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.

Cara Tuntutan

  • Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
  • Borang 10 (Borang Tuntutan)
  • Borang PKS(F)1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
  • Nombor dan salinan buku akaun untuk pembayaran terus ke akaun simpanan

Tempoh Tuntutan

Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan sijil cuti sakit.

Change style: light dark